KEPENTINGAN ILMU DALAM ISLAM
Islam umpama pokok, bermula daripada
biji benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya, ia
membesar dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga
menjadi sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh. Namun, setiap
helai daun dihubungkan terus dengan akarnya.
Masyarakat yang berilmu dan menguasai
ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan
melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar
undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar
asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan
lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada
kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan".
Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil
dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana
mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan
ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang
nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan
bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu
keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala
itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".
Renung-renungkanlah:
Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:
* "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu
adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad,
Firaun, dan lain-lain.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”
* "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.”
* "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.”
* "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta,
karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang
berilmu akan memperoleh syafaat.”
* "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.”
* "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.”
* "Ilmu lebih utama daripada harta,
kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang
dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana
ilmunya.”
Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta
jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak
ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Justeru, di situ letaknya kepentingan
menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang
inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan
akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin
kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”
Posted by
fasihah
at
10/01/2012 07:57:00 PM