Allah
SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai ”Janganlah setengah
kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging
saudaranya yang telah mati (bangkai).”
Baginda juga bersabda:
“Setiap muslim haram darah, harta dan hargai dirinya atas muslim lainnya.”
“Takutlah ghibah. Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat,
Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang
ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya.”
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Siapa
mengumpat bermaksud menghinakan saudaranya, Allah meletakkannya di
jambatan Neraka pada hari Kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakan.”
Dirawikan
perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk sesuatu keperluan.
Setelah dia keluar, Aisyah berkata, “Wah, pendeknya dia.” Segera
Rasulullah SAW berkata, “Engkau telah mengumpatnya hai Aisyah!” Telah
bersabda Rasulullah SAW:
“Jangan
kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan: Doanya tidak dikabulkan,
kebaikkannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang
yang diumpat.”
Diceritakan Amr bin
Dinar dia berkata, “Seorang lelaki Madinah kembali semula ke kubur
saudara perempuannya kerana teringat dompetnya yang tertinggal.” Setelah
sebahagian kubur itu terbuka, tiba-tiba ada api yang menyala-nyala.
Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya: “Ceritakan
kepadaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi ke
rumah jiran menceritakan keburukan orang untuk
menyebarkan fitnah.” Jelaslah bahawa hal itulah menyebabkan akan seksa
kubur. Siapa ingin selamat hendaklah tinggalkan ghibah dan memfitnah.
Hasan ra berkata, “Demi Allah ghibah itu lebih cepat meruntuhkan agama seseorang mukmin daripada pemakan jasad.”
Allah SWT berfirman:
“Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Takutlah
ghibah. Ia lebih kotor daripada zina.” Mereka bertanya, “Bagaimana ia
lebih kotor dari zina?” Nabi SAW menjawab, “Seorang berzina lalu
bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum ampuni
kecuali telah dimaaf oleh yang diumpat.”